Monday, June 4, 2012

GUBAHAN GURINDAM MASA PEMERINTAHAN JEPUN

Gurindam Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu


Kebangkitan Jepun sebagai kuasa imperialis bermula
Semasa pemerintahan Maharaja Mikado Meiji berkuasa
1868 Maharaja Meiji melancarkan pemulihan
Yang menekankan pemodenan dan perindustrian
Lambakan bahan mentah yang terdapat di China
Menjadi sasaran untuk Jepun meluaskan kuasa
Tambahan pula
Pada tahun 1905
Jepun menang terhadap perang bersama Rusia
Menyebabkan Jepun dianggap sebuah kuasa besar..

1940 : Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi
Kerana Jepun enggan keluar dari China yang telah ditakluki
1936 : Jepun diambil alih oleh pemerintahan tentera
1937 : Jeneral Tojo memutuskan untuk menyerang Asia Tenggara

Sebelum menjajah Jepun telah mengwar-warkan propaganda
Dengan slogan ”Asia untuk orang Asia”
dan ”Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
Strategi ini sangat berkesan
Kehadiran tentera Jepun tidak begitu dirasakan

Kemaraan tentera Jepun bermula
Apabila Jepun mendarat di Pattani dan Singgora
Serentak itu, 8 Disember 1941
Jepun mendarat di Tanah Melayu
Melalui Pantai Sabak dan Kota Bharu

Dari Thailand Jepun menawan Jitra
Dari situ tentera Jepun berpecah dua
Satu kumpulan ke selatan
melalui jalan-jalan persisisran
Satu kumpulan lagi menuju ke bandar-bandar utama
untuk menakluk dan melemahkan ekonominya

Di Sarawak, tentera Jepun mendarat di Miri
Di situ, tentera Jepun berpecah kepada dua pasukan lagi
Pasukan pertama terus ke Kuching dan Sibu
mereka hanya berjalan kaki, dan berbasikal tak siapa pun tahu
Pasukan kedua terus ke Sabah melalui Labuan
Kemaraan mereka diteruskan hingga ke Sandakan

Peperangan telah menyebabkan kemusnahan
Dari segi infrastruktur, sumber ekonomi, dan bangunan
Taktik Bumi Hangus British gunakan
Dengan memusnahkan jambatan,
jalanraya, ladang, dan kawasan perlombongan
Tujuannya untuk melengah-lengahkan kemaraan
dan melumpuhkan ekonomi yang telah mereka usahakan

Di Sarawak telaga minyak Miri dibakar dan dimusnahkan
termasuk juga dokumen-dokumen sulit kerajaan
Taktik Bumi Hangus ini berjaya
Menghalang Jepun daripada menguasai bahan mentah negara
Namun Tanah Melayu menjadi hancur
Seperti padang jarak padang terkukur

Tentera British terdiri daripada
India-Gurkha, British dan Australia
Mereka tidak bersungguh mempertahankan Tanah Melayu
Akhirnya bandar-bandar utama jatuh satu persatu
Mereka juga tidak bersedia untuk peperangan
Akibat kurangnya latihan dan peralatan
Jepun hanya mengambil masa 10 minggu
Untuk menakluk Singapura dan Tanah Melayu

Kejayaan Jepun menakluk dalam waktu yang singkat
Mengejutkan banyak pihak termasuk Amerika Syarikat
Ini kerana strategi peperangan mereka berjaya
Hanya kerana rakyat tempatan percaya pada propaganda

Kehadiran tentera Jepun mendapat pelbagai reaksi penduduk tempatan
kebanyakannya tidak menentang malah mengalu-alukan
Ibrahim Haji Yaakob dari Kesatuan Melayu Muda mengadakan pakatan
Berharap Jepun memberikan Tanah Melayu kemerdekaan

Sokongan orang Melayu tidak kekal lama
Kerana Jepun mewujudkan pemerintahan ala tentera
Barulah mereka sedar slogan Jepun hanya muslihat
yang mendatangkan kesengsaraan dan mudarat

Tanah Melayu tidak diberikan kemerdekaan seperti dijanjikan
sebaliknya Tanah Melayu berubah menjadi tanah jajahan
KMM sendiri dibubarkan
Jepun mula menunjukkan kekejaman

Kepada Thailand diserahkan negeri-negeri utara
Atas balasan kerana memberikan kerjasama
Semasa Jepun ingin berkuasa
Thailand menawarkan wilayahnya menjadi jalan perantara

Rekasi orang China pula berbeza
Jelas mereka dipengaruhi perang Jepun-China
Kebanyakannya anti Jepun dan memulaukan barangan mereka
Ada juga yang memungut derma
Bagi membantu negara asal mereka

Orang India pula mendapat layanan mesra
Kerana Jepun sangat pandai bermuka-muka
Jepun inginkan kerjasama mereka
Bagi menghalau British dari India
Akibatnya orang India dalam tentera British berpaling tadah
Menyokong Jepun dengan harapan mendapat ganjaran dan upah

Akibat kekejaman Jepun di Tanah Melayu
Muncul gerakan anti Jepun satu persatu
Ada yang bergerak secara gerila
tambahan pula tentera bersekutu memberi kerjasama dan biaya
Antara gerakan yang ternama
Force 136, Askar Melayu Setia
Gerila Kinabalu dan MPAJA

1945 tentera bersekutu mendesak Jepun menyerah
Namun Jepun pantang mengalah
6 Ogos 1945 bom atom gugur di Hiroshima
9 Ogos 1945 bom atom kedua gugur di Nagasaki pula
Akhirnya 15 Ogos 1945 tarikh  keramat
Jepun menyerah kalah tanpa syarat

Pendudukan Jepun memberi pengajaran
untuk menolak sebarang bentuk penjajahan
Juga kita perlu mengambil iktibar
Agar tidak terpengaruh dengan propaganda luar.

No comments:

Post a Comment