Saturday, May 26, 2012

KRITIKAN ZA'ABA KEPADA BANGSA MELAYU 50 TAHUN DAHULU

 PENDETA ZA'ABA 1895- 1973

Yang Indah Itu Bahasa 

 

Sesuatu yang indah dan sukar dicari ganti tentang Za’ba ialah kebijaksanaan dan hemat beliau menggunakan bahasa. Sepertinya saya mahu merebus naskah ini dan berendam didalamnya agar semua hikmah Za’ba menyerap ke dalam minda dan hati saya. Namun itu keterlaluan.

Cukuplah saya catatkan beberapa perkataan beliau yang mengesankan :

-         “Maka sebab itulah dari satu ke satu masa mereka itu berulang-ulang dilaga-lagakan oleh Tuhan sama sendirinya hingga remuk-redam dan pecah berdarah, bengkak-bengkil dan patah riuk, punah-ranah dan rosak binasa!” (jalaman 42)

 

-         Bidalah Melayu berkat “hidup manusia sandar-menyandar, umpama aur dengan tebing”. Jika dicongkah tebing nescaya terungkai aur lalu dihanyutkan oleh air, dan jika dibuangkan pokok aur itu nescaya hilanglah kekuatan tebing dan akhirnya lalu runtuh lalu ditumpu oleh air dan arus.

Memadai dengan itu, dan saya akhiri dengan sebuah syair yang beliau petik :

 

  Orang yang kuat menyangka diri

            Alim dan lebih bijak bestari 

            Itulah bebal, bukan jauhari

            Tidak akan ditunjuk ajari 

            Oleh bebalnya bertambah sombong

            Ilmu tak cukup, cakap melambung 

            Memuji diri bersambung-sambung

            Dalam kelompang, luar gelembung

No comments:

Post a Comment