Monday, February 11, 2013

LAGU DARAH RAKYAT LAGU PERJUANGAN DI ZAMAN AWAL KEMERDEKAAN

LAGU DARAH RAKYAT SANGAT TERKENAL PADA SUATU MASA DULU.IA MARAK SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA 1945-1948 DINYANYIKAN OLEH PARA PEMUDA YANG TERBAKAR DENGAN SEMANGAT KEMERDEKAAN YANG MELEMPAH DARI INDONESIA .

DARAH RAKYAT

Darah rakyat masih berjalan
Menderita sakit dan miskin
Padanya datang pembalasan
Rakyat yang menjadi hakim
Rakyat yang menjadi hakim

Ayuh! ayuh!
Bergerak! Sekarang!
Merah Putih panji-panji kita
Merah warna darah rakyat
Merah warna darah rakyat


Darah Rakyat merupakan lagu perjuangan rakyat yang lahir semasa Revolusi Indonesia 1945. Seperti lagu indonesia raya yang merupakan lagu Kebangsaan PKMM, perjuangan kemerdekaan rakyat Indonesia banyak mempengaruhi pemikiran rakyat di Malaya. Lagu ini selalu dinyanyikan semasa perbarisan dan perhimpunan PKMM dan API untuk menaikkan semangat pemuda-pemudi pada zaman kebangkitan gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya selepas perang dunia kedua (1945-1948).

Saturday, February 9, 2013

Pemuisi Perjuangan Usman Awang

Sajak yang ditulis oleh pemuisi Usman Awang terkait dengan peristiwa penerokaan tanah di Teluk Gong Selangor. Ketika itu Hamid Tuah bangkit meneroka tanah demi tuntutan rakyat yang kelaparan tanah untuk diusahakan !

 Kenangan (Anwar Ibrahim) 1974 tatkala memimpin Demonstrasi Baling; anak muda bangkit pertahan hak golongan miskin.


Dengan Buku di tangan kau nyayikan lagu itu

Meresap pada jantung bangsa

Lagu daerah teluk gong



Dari ruang sudut pidato

Pecahlah kaca menara gading

Dengan Berani berteriak

Untuk petani-petani yang tertindas



Lihat pancar mata ayah mu di desa

Lihat senyum ibu mu di kampung

Kebanggaan bahawa kau anak mereka

Saturday, September 29, 2012

Tuesday, June 5, 2012

TUN MAHATHIR DENGAN PUISI PERJUANGAN

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

TUN MAHATHIR -PUISI PERJUANGAN

MELAYU MUDAH LUPA

<iframe width="640" height="480" src="http://www.youtube.com/embed/eSQb4ztNbdg" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Monday, June 4, 2012

PUISI KHAIRIL ANWAR TENTANG KETUHANAN

Perhatikan puisi "Doa" (Chairil Anwar) berikut.

Tuhankudalam termanguaku masih menyebut nama-Mu
biar susah sungguhmelihat Kau penuh seluruh
caya-Mu panas sucitinggal kerdip lilin di kelam sunyi
Tuhankuaku hilang bentukremuk
Tuhankuaku mengembara di negeri asing
Tuhankudi pintu-Mu aku mengetukaku tak bisa berpaling13 November 1943

PANTUN PUISI WARISAN BANGSA

Tanam balik buah peria,
Buah peria mahal sekali;
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.

Ketua-ketua raja duduk,
Jangan ditimpa papan;
Diketahui ganja itu mabuk,
Apakah sebab maka dimakan?

Meninjau berpadi masak,
Batang kapas bertimbal jalan;
Hati risau dibawa gelak,
Bagai panas mengandung hujan.

Pulau di balik Puali Gosong,
Pandang di Jawa diranggungkan;
Jangan kata terdorong-dorong,
Badan dan nyawa menanggungkan.

Cik Embung orang Melaka,
Tanam peria tepi pantai;
Jangan sombong tuan berkata,
Adakah buaya menolak bangkai?

Hangus bertih berwarna merah,
Mari dituang ke dalam kain;
Suami yang letih usah dimarah,
Kelak terbang ke bunga lain.

Anak Cina membawa surat,
Dari Perak langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak dijual beli.

Pisang kelat digonggong helang,
Jatuh ke lubuk Inderagiri;
Jikalau berdagang di rantau orang,
Baik-baik membawa diri.

Petikan pantun : Puisi Melayu Tradisi, Mohd Yusof Md. Nor dan dr Abdul Rahman Kaeh. Fajar Bakti 1985.